Kepada semua pelajar,
Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sedang menganjurkan “Pertandingan Pembikinan Video Patriotik 2020” dengan tema “KAMI BANGSA MALAYSIA”. Pertandingan yang dijalankan ini adalah hasil kerjasama JPT dan Duta MyDNA yang dilantik menerusi Program Kembara Siswa Patriotik yang merupakan program signature BMH, JPT. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti BMH dan JPT ke arah memupuk dan menggalakkan semangat cintakan negara dalam kalangan mahasiswa IPT dalam memperingati Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut di seluruh negara setiap tahun.
Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Duta MyDNA yang telah dilantik daripada setiap IPTA dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kaedah pelaksanaan pertandingan ini adalah secara dalam talian melalui aplikasi sosial media Facebook dan Instagram dengan mengambil kira situasi COVID-19 di negara pada masa sekarang. Pertandingan ini akan berlangsung bermula dari 26 Oktober hingga 15 Disember 2020. Namun berikutan penyertaan yang menggalakkan dan bagi memberikan lebih banyak masa serta ruang untuk peserta menyiapkan video, pihak penganjur akan melanjutkan tarikh pertandingan kepada 31 Disember 2020.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) berbesar hati ingin menjemput semua mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi bagi menyertai pertandingan ini. Penghantaran video penyertaan boleh dilakukan selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Disember 2020 (Khamis) jam 5.00 petang. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi sekretariat pertandingan iaitu Encik Manibharatee - https://wa.me/+60164413187 / Encik Ram Kumar - https://wa.me/+60135121696 atau emelkan kepada sekreteriatkbm@gmail.com.
Sekian, terima kasih.