Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian
Tinggi merancang untuk mengadakan Webinar Wacana Intelektual “Wang Diurus,
Diri Terurus” (Save Now, Safe Tomorrow) pada 24 November 2020 yang
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan sasar iaitu pelajar di
institusi pengajian tinggi (IPT) mengenai pengurusan wang yang berkesan.
Webinar ini akan diterajui oleh ahli panel dari Bank Negara Malaysia (BNM),
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Negara (PTPTN).
Sehubungan dengan itu, pihak AKPK menjemput para
pelajar untuk menyumbangkan idea serta soalan-soalan berkaitan pengurusan
kewangan untuk dikemukakan kepada ahli-ahli panel semasa webinar ini
berlangsung. Soalan - soalan boleh dikemukakan menerusi pautan yang disediakan
berikut iaitu https://bit.ly/32ErYZt
selewat-lewatnya pada Selasa, 17 November 2020. Bersama ini disertakan juga
infografik berkaitan kursus yang ditawarkan oleh AKPK seperti di pautan berikut
power.akpk.org.my
untuk makluman dan pengetahuan para pelajar.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai – pegawai SAC seperti berikut :
- En. Ahmad Faris Mohamed Shukri (09-424 2723)- En. Mohamad Nadzmi Syafiq Mohd Azmi (09-424 2726)
Terima Kasih.