Webinar Litearsi Kewangan KPT dan Kursus Pendidikan Literasi Kewangan Anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Webinar Litearsi Kewangan KPT dan Kursus Pendidikan Literasi Kewangan Anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

by Moodle Admin -
Number of replies: 0

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi merancang untuk mengadakan Webinar Wacana Intelektual “Wang Diurus, Diri Terurus” (Save Now, Safe Tomorrow) pada 24 November 2020 yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan sasar iaitu pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) mengenai pengurusan wang yang berkesan. Webinar ini akan diterajui oleh ahli panel dari Bank Negara Malaysia (BNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Sehubungan dengan itu, pihak AKPK menjemput para pelajar untuk menyumbangkan idea serta soalan-soalan berkaitan pengurusan kewangan untuk dikemukakan kepada ahli-ahli panel semasa webinar ini berlangsung. Soalan - soalan boleh dikemukakan menerusi pautan yang disediakan berikut iaitu https://bit.ly/32ErYZt selewat-lewatnya pada Selasa, 17 November 2020. Bersama ini disertakan juga infografik berkaitan kursus yang ditawarkan oleh AKPK seperti di pautan berikut power.akpk.org.my untuk makluman dan pengetahuan para pelajar.


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai – pegawai SAC seperti berikut :

- En. Ahmad Faris Mohamed Shukri (09-424 2723)

- En. Mohamad Nadzmi Syafiq Mohd Azmi (09-424 2726)

Terima Kasih.