PTPTN : Pelaksanaan Program Pendidikan Kewangan Kolaborasi AKPK Dengan PTPTN

PTPTN : Pelaksanaan Program Pendidikan Kewangan Kolaborasi AKPK Dengan PTPTN

AdminMoodle -
回帖数:0

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan PTPTN telah melancarkan Program Pendidikan Kewangan yang merupakan kolaborasi antara Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan PTPTN.

2.     Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan kewangan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang tanggungjawab dan konsep kewangan yang baik serta membangunkan kemahiran pengurusan kewangan dan meningkatkan tahap celik kewangan mereka .

3.     Pelaksanaan Konsep Program ini adalah seperti berikut:-
         a.     Dikendalikan oleh AKPK.
         b.     Program Pendidikan Kewangan ini akan dilaksanakan secara interaktif atas talian (online) antara tempoh 20                              sehingga 30 minit
         c.     Program ini buat permulaan akan dibuat secara “pilot test” untuk melihat keberkesanan sebelum di buat secara
                 meluas kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.
        d.     Mensasarkan penuntut IPT yang ingin memohon pinjaman PTPTN. Penuntut diberi pilihan untuk menjalani
                 pembelajaran ini sebelum membuat permohonan pinjaman PTPTN.
        e.     Penuntut yang berjaya melepasi pembelajaran ini tidak perlu membeli nombor PTPTN bernilai RM5.00 untuk
                 digunakan semasa membuat permohonan pinjaman. Pelajar 
hanya perlu memasukkan no. sijil yang diperolehi
                 selepas mengikuti program ini untuk membolehkan permohonan pinjaman dilakukan secara percuma.
        f.      Pertanyaan berkaitan program ini boleh disalurkan kepada Careline PTPTN:03-21933000.
        g.     Carta Alir Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN melalui Kursus AKPK adalah seperti berikut:-

Terima Kasih